October 7, 2008
0 Another Comedy From Anuar Pin
October 6, 2008
0 Patung Anwar Pin



Elok sangatlah tu. Lepas ini, pengikut-pengikut PKR yang membabi buta mengagung-agungkan Anuar Pin ini, bolehlah membawa beras pulut, ayam golek dan buah-buahan sebagai sembahan kepada dewa mereka ini. Oh ya, Cucu Tok Selampit turut mencadangkan bahawa patung ini diletakkan di sebelah patung Mariaman di Batu Caves, barulah kena. Sama-sama taraf Tuhan. Belum lagi memerintah sudah membuat tugu untuk pemimpin mereka. Kalau sudah perintah, mungkin buat tugu emas mengalahkan tugu negara! Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang takkan hendak mendiamkan diri sahaja melihat benda-benda kurafat ini. Janganlah gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Fasik namanya! Sepatutnya duit RM5,000 yang digunakan untuk kerja-kerja yang tidak berfaedah ini dibelanjakan untuk orang-orang miskin di Batu Caves. Besar ertinya!
Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak akan diturunkan sekarang walaupun dianggap "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera." Gambar penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.
Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut. "Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan. "Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan," katanya kepada Malaysiakini, mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut. "Tidak timbul bantahan pada waktu ia dibina. Perkara ini hanya muncul apabila wujud persepsi umum selepas beberapa pihak memberikan pandangan," katanya. "Tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu.
Mungkin mufti menganggapnya sebagai patung. "Saya hormat pandangan beliau, tetapi terdapat juga pandangan- pandangan lain. Perkara ini khilaf (berbeza pandangan tentang isu syarak)."Selain Amiruddin, poster gergasi itu dirasmikan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, timbalan ketua perhubungan PKR Selangor S Manikavasagam dan bendahari PKR William Leong - masing-masing ahli parlimen Subang Jaya, Kapar dan Selayang.Menurut blog DUN Batu Caves, foto besar itu menelan kos hampir RM5,000 yang diusahakan aktivis parti dan penduduk setempat "yang mahukan semangat Anwar untuk membina 'Malaysia Baru' akan terus berkekalan" dan juga simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di situ.
Lukisan itu mengambil masa lebih kurang lapan hari disiapkan dan dirasmikan sejam selepas itu pada 5 petang.Beliau (foto kanan) berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya."Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.
Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."Kawasan itu yang dulunya kubu kuat MIC sekarang menjadi milik PKR, jelasnya.Bersebelahan gambar itu turut digantung kain rentang mengucapkan selamat hari raya dengan gambar Anwar, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen kawasan itu Mohamed Azmin Ali dan Amiruddin sendiri.Ditanya sama ada tindakannya menaikkan gambar gergasi itu bertujuan mengampu Anwar, beliau menafikannya."Kalau benar pun, Anwar tidak akan termakan bodek macam itu," katanya, sambil ketawa.Beliau turut menolak dakwaan bahawa beliau cuba mencari populariti untuk bertanding dalam pemilihan AMK tahun depan.
0 A New Comedian In The Making
“Umno should not write off Abdullah as he received the people’s majority.
Cucu Tok Selampit: I really don't understand these comedy politician. Somehow I think whether they pretend to be dumb and naive or they are really damn stupid. Please correct me if I'm wrong. Are these jokers are trying to take over the government via the back door by recognising the jumping frogs since Sept 16? Sigh!! I don't know whether wanna smile or wanna cry. And Mr Karpal Bai, please give your same advise to your Boss, Anwar Pin will you.
0 New Michelin Tyres
These tires are airless and are scheduled to be out on the market very soon.The bad news for law enforcement is that spike strips will not work on these tires.
This is what great R&D will do, and just think of the impact on existing technology:
A. no more air valves...
B. no more air compressors at gas stations...
C. no more repair kits...
D. no more flats...
The following are actual pictures taken in the South Carolina plant of Michelin.





1 Dangers Of Plastic In Food
Very useful to know ...
Did you ever drink from a plastic bottle and see a triangle symbol on the bottom with a number inside?



Do you know what the number stands for?
Did you guess that it's just for recycling?
Then you are wrong!!!
THE NUMBER TELLS YOU THE CHEMICAL MAKE UP OF THE PLASTIC......
1) Polyethylene Terephalate (PET)
2) High Density Polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised Polyvinyl Chloride (UPVC) or Plasticised Polyvinyl Chloride (PPVC)
4) Low Density Polyethylene (LDPE)
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable Polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic
What you aren't told is that many of the plastics used are toxic and the chemicals used to create a plastic can leach out of the plastic and into the food / drink. Think about it, how many times have you or a friend said "I don't like this, it taste like the plastic bottle"
THAT'S BECAUSE YOU ARE TASTING THE PLASTIC!
The WORST ONES are Nos 3, 6, and 7 !!!
DO NOT USE THESE NUMBERS (if stated at the bottom of the bottle)
Check out this chart that breaks down the plastic, its uses and chemical makeup (I find #7 a little scary). Click here ...
Reusing plastic bottles by refilling them is NOT a good idea. Watch This video.Microwaving plastic containers affects the chemical make up of the plastic, allowing the chemical substances to destabilize and leach out more quickly into the food you are reheating. You can check out this article that ran in the Wall Street Journal, Click Here ...
Avoid re-using plastic bottles right away!!!

































